Wednesday, 16 November 2016

Industri Francais di Malaysia

     1.0       Pengenalan Francais

          Francais adalah satu sistem perniagaan yang dikatakan bermula di Eropah dan dikembangkan dengan pesatnya di Amerika Syarikat lebih 100 tahun yang lalu. Perkataan francais adalah berasal daripada perkataan Perancis, franco yang bermaksud kebebasan. Pada ketika itu, seseorang francaisi adalah merupakan orang penting yang diberi hak dan kebebasan bagi sesuatu wilayah tertentu untuk memastikan pelaksanaan arahan dan peraturan, termasuk membuat penilaian dan memungut cukai. Konsep dan pendekatan ini akhirnya diterima-pakai dalam sektor swasta dan komersil. Konsep perniagaan ini adalah boleh di dominasikan dalam pelbagai cara.

          Pada prinsipnya ia merupakan satu hubungan perniagaan secara kontrak di antara dua pihak (francaisor dan francaisi) yang ditubuhkan untuk mengagihkan atau mengedar barangan dan perkhidmatan melalui ‘outlets’ tertentu untuk satu jangkamasa yang ditentukan atau tiada had jangkamasa. Ianya berdasarkan satu perjanjian di mana francaisor menganugerahkan francaisi hak untuk menggunakan berbagai proses alat kelengkapan, sistem beroperasi dan nama baik (goodwill) francaisor di dalam mengeluar, menjual dan mengedarkan barangan dari jenama (tredemark) perniagaan tersebut.

         Oleh sebab kedua-dua pihak secara ekonominya adalah saling bergantung antara satu sama lain meskipun mereka adalah ‘business entity’ yang berasingan maka, francaisor perlu membekalkan kepada francaisi dengan kepakaran mengelolakan perniagaan melalui latihan dan menyediakan manual operasi yang komprehensif. Francaisor dan francaisi adalah bersama-sama mengawal kualiti barangan dan prosedur beroperasi demi nama baik tanda harga.


2.0       Sejarah Pembangunan Industri Francais

          Sejarah perkembangan francais di dunia menjadi bukti bahawa bentuk francais yang sedia ada pada saat ini merupakan pengembangan daripada sistem francais yang telah diterokai sejak tahun 1850-an dan mula berkembang tahun pada 1950-an  serta 1960-an di Amerika Syarikat. Latar belakang dan matlamat daripada sistem ini adalah supaya barangan yang dikeluarkan oleh satu kawasan dapat diedar dan dijual ke seluruh bahagian lainnya.secara umumnya, sejarah perkembangan industri francais dapat dibahagikan kepada 3 peringkat utama.

          Peringkat awal bermula dari abad ke-18 yang bermula di Jerman. Ianya diasaskan oleh seorang pembuat bir dari Jerman yang telah menggunakan jenama pada produknya. Pada ketika inilah pertama kalinya format francais digunakan dalam perniagaan sebagai cara mendapatkan kontrak untuk membuat bir tersebut. Sejarah perkembangan industri francais di peringkat kedua mula bertapak di Britain pada abad ke -19 di dalam industri membuat wain pula. Dari sinilah idea itu berkembang ke Amerika Syarikat melalui revolusi Perindustrian  di Britain. Pada kurun ke-20, di peringkat ketiga sejarah perkembangan perniagaan francais mula dikenali dalam pasaran global. Ini didahului oleh restoran A&W apabila memulakan operasinya yang menggunakan format perniagaan francais.

         Bermula dari detik itu, perniagaan francais ini terus berkembang menjadi rangkaian produk dan perkhidmatan yang berjenama. Di peringkat global, perniagaan secara francais menjadi pilihan utama usahawan kerana model perniagaannya yang cepat berkembang. Antara syarikat yang terkenal dengan perniagaan secara francais ialah Mcdonald dan Kentucky Fried Chicken (KFC). Syarikat yang berteraskan makanan segera ini mendapat keuntungan berganda kerana Berjaya mengembangkan rangkaian perniagaan mereka di pelosok dunia melalui perniagaan francais.
         Di Malaysia program pembangunan francais diperkenalkan pada tahun 1992 di bawah Unit Pelaksanaan dan Penyelarasan Jabatan Perdana Menteri kini merupakan salah satu sumber ekonomi Negara yang mampu memberikan nilai tambah kearah merealisasikan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). Di Malaysia walaupun belum banyak produk francais tempatan di francaiskan ke luar Negara, namun beberapa francais tempatan telah berjaya mengembangkan jenama mereka ke luar Negara, contohnya Langkawi Crystal, Marrybrown Fried Chicken, Nelson’s dan Sugar Bun. Pembangunan industri francais di Malaysia sentiasa menjadi fokus kerajaan dalam usaha membantu usahawan tempatan berkembang melalui sistem francais.

3.0       Sistem Sokongan Kewangan Dan Bukan Kewangan Yang Diberikan Oleh
           Kerajaan Dan Bukan Kerajaan Bagi Membangunkan Usahawan Francais

         Kerajaan, agensi dan bukan kerajaan dilihat banyak member sokongan kepada pembangunan francais dalam memastikan industry francais di Malaysia berkembang selari dengan perkembangan Negara menuju Negara maju 2020. Bagi memastikan industri perniagaan francais terus berdaya saing kerajaan telah merangka beberapa program pembangunan untuk membantu ushawan dan peniaga francais. Terdapat pelbagai sistem sokongan dan bantuan daripada pihak kerajaan dan agensi luar dalam memperkasakan industri francais di Malaysia, baik dari pihak Bahagian Pembangunan Francais, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan (KPDNKK), pihak Perbadanan Nasional Berhad (PNS) mahupun pihak Persatuan Francais Malaysia (MFA).

         Salah satu agensi di bawah KPDNKK yang terlibat secara langsung dengan perniagaan francais adalah PNS. Perbadanan Nasional Berhad (PNS) adalah sebuah syarikat yang dimiliki oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan) yang diberi mandate untuk menerajui pembangunan industri francais di Malaysia dan membangunkan jumlah usahawan francais, melalui kepakaran dalam memberikan perkhidmatan serta produk-produk yang berkualiti. Salah satu objektif utama PNS adalah untuk membangunkan produk tempatan dan mengembangkan ke luar Negara. PNS juga menyediakan khidmat nasihat dan skim-skim khas bagi francaisor dan francaisi serta mengalu-alukan rakan francais ke Malaysia. Di bawah PNS juga menyediakan khidmat nasihat dan skim-skim khas bagi francaisor dan francaisi serta mengalu-alukan rakan francais ke Malaysia. Di bawah PNS terdapat beberapa skim pembiayaan pinjaman bagi perniagaan francais yang boleh dimanfaatkan oleh bakal-bakal francaisi antarannya adalah Skim Pembiayaan Francais dan Skim Pembiyaan Eksekutif dengan saiz pinjaman sehingga RM1 juta. Dengan penubuhan PNS, ia merupakan satu bukti yang kukuh malah menunjukkan komitmen kerajaan terhadap industry francais.

         KPDNKK melalui Akedemi Perbadanan Nasional Berhad (PNS), sentiasa bersedia untuk menyediakan latihan kepada francaisor, francaisi, perunding francaisi dan masyarakat awam tempatan berkenaan industri francais. Akedemi PNS juga telah ditubuhkan pada tahun 2011 serta mempunya kemahiran yang tersendiri. Diantara program dibawah akademi ini ialah Program Latihan Softskill, Program Latihan Francais dan Program Kesedaran yang merangkumi forum dan perkongsian ilmu. PNS pula berperanan melaksana dan menjadi peneraju dalam membangunkan industry francais di Malaysia dibawah seliaan KPDNKK, termasuklah menyediakan kemudahan pembiayaan. Diantara skim pembiayaan yang ditawarkan oleh PNS adalah skim pembiyaaan francais, skim pembiyaan kontrak, skim pembiayaan lisensi, skim pembiayaan franciasor dan skim pembiyaaan prafrancais.

         PNS juga mempunyai panel perundingan yang boleh membantu francaisor dan francaisi yang beroperasi. Khidmat panel perunding ini digunakan dalam program penukaran francais PPFT, DBFP dan Projek Siap Guna. Program Pembangunan Francaisor pula dilaksanakan melalui Program Pembangunan Francais Tempatan(PPFT) dan Dana Bantuan Perniagaan Francais (DBPT). PPFT menawarkan paltfom untuk menukarkan perniagaan konvensional kepada perniagaan francais yang bersistematik dan sedia ada untuk berkembang. Melalui program ini, usahawan tempatan yang mempunyai perniagaan  yang berpotesi untuk difrancaiskan boleh menukarkan perniagaan konvensional mereka kepada perniagaan francais. Ia boleh dibuat melalui perlantikan perundingan francais yang berkelayakan untuk membangunkan serta membimbing peserta untuk menyediakan sistem francais, mendokumentasi proses dan prosedur kerja, membuka outlet prototaip dan mengambil francaisi. Kos bagi perkhidmatan perunding dibiayai melalui program. Dana Bantuan Pembangunan Francais (DBPF) diadakan sebagai insentif bagi menggalakkan usahawan tempatan mengambil inisiatif sendiri untuk menukar perniagaan konvensional mereka kepada perniagaan francais (Bernma,2014).

          Persatuan Francais Malaysia (MFA), satu badan bukan kerajaan juga sering bekerjasama dengan kerajaan dalam usaha untuk membangunkan industri francais tempatan dan menjadi perantara ahli-ahli MFA dari industri francais dengan kerajaan. MATRADE juga tidak ketinggalan turut serta bekerjasama dengan KPDNKK, PNS dan MFA untuk mempromosikan francais tempatan melalui pendedahan di luar negeri. Walau bagaimanapun, tiada perisikan pasaran kualiti untuk mendapatkan trend dan konsep pemfrancaisan dari luar negeri yang boleh memanfaatkan industri francais di Malaysia.

         Dalam pada itu, terdapat banyak agensi kerajaan yang turut menyediakan kemudahan pembiayaan pinjaman secara tidak langsung untuk memula dan mengembangkan lagi perniagaan francais antaranya, SME Bank, Majlis Amanah Rakyat (MARA), Tabung Ekonomi Usaha Niaga (TEKUN) dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM). Kerajaan banyak menyediakan program-program latihan dan bantuan kewangan melalui bahagian pembangunan francais dibawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Keppenggunaan (KPDNKK) yang bertujuan untuk membangunkan usahawan bumiputera di dalam industri francais.

           Selain dari bantuan kewangan, kerajaan juga menyedia pelan pembangunan industry francais. Lapan program latihan francais bagi tahun 2005 telah disediakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dengan kerjasama Persatuan Francais Malaysia. Latihan tersebut ialah Kursus Asas Francais yang memberikan pendedahan mengenai aspek-aspek asas perniagaan francais dan juga cara-cara penilaian yang mana penting untuk bakal francaisi. Kursus Pengukuhan untuk francaisor dibangunkan berdasarkan kepada keperluan dan kehendak francaisor. Ianya bagi mempersiapkan francaisor dalam membangunkan persekitaran pengurusan, komunikasi yang sihat dan interaksi melalui perkongsian pengalaman tempatan dan luar Negara di kalangan francaisi, pelanggan dan persekitaran yang lain.

           Akta Seminar Francais 1998 diadakan dengan objektif utama untuk member pendedahan kepada orang awam dan pekerja mahir di dalam industri francais mengenai kepentingan Akta Francais 1998. Selain dari bantuan kerajaan, agensi dan badan bukan kerajaan turut mengembil berat mengenai industri francais di Malaysia. Diantara agensi dan badan bukan kerajaan yang menyumbang kepada pembangunan industri francais ialah Majlis Amanah Rakyat (MARA), Credit Guarantee Corporation Sdn Bhd, Bank Pembangunan Malaysia Berhad (CIMB), Malaysian Franchise Associations (MFA), Perbadanan Nasional Berhad, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), SME Corporation Malaysia. Agensi dan badan bukan kerajaan ini banyak member sumbangan seperti latihan dan khidmat nasihat, bantuan kewangan serta premis perniagaan. Keutamaan bantuan oleh agensi dan badan bukan kerajaan lebih memberikan keutamaan kepada usahawan bumiputera.


4.0       Cabaran Dan halangan Yang Dihadapi Oleh Francais

          Perniagaan francais sama seperti kebanyakkan perniagaan lain yang juga terdedah kepada risiko, memerlukan usaha dan modal. Ini bermakna tanpa tiga elemen di atas perniagaan francais boleh gagal. Maka dengan itu, bagi francais mahupun francaisor di Mlaysia perlu belajar cara-cara untuk menilai peluang francais. Oleh itu penilaian peluang francais adalah perlu sebelum ia dimulakan. Terdapat beberapa halangan yang dihadapi oleh francais di Malaysia seperti:

1.    Modal yang diperlukan amat tinggi
Modal bagi mendapatkan hak penggunaan jenama dan bantuan dari francaisor adalah tinggi dan francaisi perlu membayar kos-kos seperti yuran francais. Yuran francais adalah dalam satu jumlah yang besar dan tidak dikembalikan.

2.    Lokasi yang tidak sesuai
Francaisor akan memilih lokasi yang difikirkan sesuai dengan perniagaannya dan lokasi tersebut mungkin tidak sesuai dari sudut pandangan francaisi. Di dalam banyak kes, francaisi akan mencadangkan lokasi kepada francaisor. Francaisor akan melawat lokasi tersebut dan memberi pendapatnya sama ada sesuai atau tidak. Jika tidak, francaisor akan membantu mencari kawasan yang difikirkan strategik.

3.    Kos untuk hiasan dalaman & konsep perniagaan.
Terdapat francaisor yang akan menukar hiasan dalaman dan konsep perniagaan mengikut musim. Jadi, kos renovasi dan pengubahsuaian tersebut mungkin tidak mampu untuk ditanggung oleh francaisi. Kebiasaanya, francaisor akan selalu menukar konsep perniagaan, uniform & sistem komputer.

4.    Kawalan penjualan produk dan perkhidmatan.
Francaisor akan mengawal setiap produk dan perkhidmatan perniagaan francaisi. Jadi, francaisi tidak boleh menjual produk atau perkhidmatan selain daripada francaisor. Ceburi perniagaan francais juga akan mengakibatkan mereka hilang kebebasan dalam perniagaan sendiri apabila perlu mengikut segala arahan dan syarat seperti termeterai dalam perjanjian dengan Francaisor.

5.    Kawalan dalam mengendalikan operasi perniagaan.
Francaisor mengawal waktu operasi perniagaan, uniform pekerja, iklan serta promosi dan juga prosedur perniagaan. Harga jualan juga dikawal sehingga francaisi tidak dapat memberi diskaun kepada pelanggan. Pengedar juga perlulah dari pengedar yang diluluskan oleh francaisor, walaupun francaisi boleh mendapatkan barang dari pengedar yang lebih murah.

6.    Kawalan Menggendalikan Operasi Perniagaan.
Francaisor mengawal waktu operasi perniagaan, uniform pekerja, iklan serta promosi dan juga prosedur perniagaan. Harga jualan juga dikawal sehingga francaisi tidak dapat memberi diskaun kepada pelanggan. Pengedar juga perlulah dari pengedar yang diluluskan oleh francaisor, walaupun francaisi boleh mendapatkan barang dari pengedar yang lebih murah. Dicadangkan agar francaisi mencari francaisor yang memberi ruang untuk kemukakan idea francaisi sendiri dan memberi kebebasan untuk francaisi berniaga demi perniagaan mereka.

7.    Kawalan Ke Atas Hak Wilayah.
Kawalan ini untuk menggelak daripada bersaing dengan francaisi lain. Selain itu, ia juga bertujuan untuk menghalang francaisi membuka cawangan lain atau berpindah ke lokasi lain. Francaisor juga ada hak untuk menghalang francaisi membuat website sendiri.

8.    Kelemahan akta dan peraturan.
Berdasarkan Akta Francais, prospektus perlu diserahkan 10 hari sebelum menandatangani dokumen dan tujuh hari waktu bekerja ditetapkan untuk masa menunggu sebelum proses disahkan.Sikap buruk usahawan atau bakal francaisi pula adalah tidak mahu membaca terma perjanjian terlebih dahulu dan pada masa yang sama pihak francaisor juga tidak memberikan penerangan secara terperinci tentangnya.Oleh itu, apabila timbul masalah, kedua-dua pihak akan saling menuding jari dan akhirnya yang dipersalahkan adalah sistem francais itu sendiri. Francaisor juga boleh menamatkan kontrak sekiranya francaisi gagal membayar royalti, gagal menunjukkan prestasi yang menguntungkan dan lain-lain sebab yang munasabah. Segala pelaburan francaisi akan hilang apabila kontrak tamat. (saiful firdaus, 2013).

9.    Kontrak francais akan tamat sekiranya francaisi melanggar perjanjian francais.
Kontrak ini sah untuk tempoh masa yang telah dipersetujui tiada jaminan atas pembaharuan kontrak. Francaisor boleh menamatkan kontrak sekiranya francaisi gagal membayar royalti, gagal menunjukkan prestasi yang menguntungkan dan lain-lain sebab yang munasabah. Segala pelaburan francaisiakan hilang apabila kontrak tamat. Di Malaysia, setiap perjanjian francais adalah untuk 5 tahun, oleh itu perlu memastikan pulangan modal francaisi tidak sampai 5 tahun untuk mendapat semula modal pelaburan.

5.0       Masa Hadapan Industri Francais Di Malaysia

           Kerajaan mempunyai sasaran yang tinggi untuk industri francais kerana ia menyumbang 9.4 peratus kepada keluaran kasar dalam negara menjelang tahun 2020 dan Malaysia muncul sebagai hab francais terkemuka di rantau ini, dengan asas yang kukuh dalam pasaran Timur Tengah. Industri francais menjana RM23.6 bilion tahun lepas, kira-kira 2.7 peratus daripada KDNK, meningkat daripada 2.2 peratus pada tahun 2010. NFDB menyasarkan sumbangan 4.3 peratus KDNK menjelang 2016. Perniagaan secara francais di Malaysia masih menjadi kaedah perniagaan yang baru di kalangan usahawan walaupun industri ini dipromosi dan disokong oleh kerajaan sejak awal tahun 1990-an lagi.Pelbagai inisiatif juga telah diperkenalkan bagi menubuhkan infrastruktur sokongan untuk merancang, melaksana, membangun dan mengawal selia pembangunan francais serta memberikan bantuan dan kemudahan pembiayaan. Akta Francais 1998 juga digubal untuk memastikan perkembangan industri ini menjadi sihat dan terkawal.

          Walaupun industri francais negara telah mencapai satu tahap yang membanggakan termasuk lahirnya jenama-jenama tempatan terkenal yang mampu berkembang ke persada antarabangsa tetapi industri tempatan masih belum berupaya sepenuhnya untuk menerokai peluang francais yang sedia ada. Oleh yang demikian, kerajaan yakin pelan yang komprehensif penting untuk diwujudkan sebagai arah tuju bagi menyelaras segala peranan, usaha dan tindakan dalam pembangunan industri francais di negara ini. Usaha menggubal strategi dan pelan tindakan bagi menggariskan program dan inisiatif telah berjaya menghasilkan Pelan Induk Pembangunan Francais Nasional (PIPFN) 2012-2016 dengan matlamat dan sasaran yang jelas dan akan melibatkan serta memberi manfaat kepada golongan sasar. PIPFN juga bertujuan memperluaskan fokus dari sektor tradisional (makanan dan minuman, pakaian, kesihatan dan kecantikan) kepada sektor baru yang tersenarai dalam Model Baru Ekonomi (MBE) dan Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10) seperti pelajaran, produk dan perkhidmatan hijau, pelancongan-kesihatan, produk dan perkhidmatan mematuhi syariah untuk menembusi pasaran Timur Tengah dan negara Islam serta negara lain yang mempunyai pasaran berpotensi. "PIPFN telah merangka tiga fasa bagi membantu memajukan industri francais dengan hasrat menjadikan Malaysia sebagai pusat francais di peringkat Asia Tenggara dan menembusi negara Timur Tengah pada tahun 2020," katanya. Fasa 1 bermula dari 2012 hingga 2014 dan melibatkan pemantapan peserta francais dan rangka kerja pembangunan francais. Fasa 2 pula bermula dari 2015 hingga 2016 dan melibatkan usaha ke arah industri dalam negeri yang dinamik dan teguh selaras dengan visi PIPFN sementara Fasa 3 bermula dari 2017 hingga 2020 dan melibatkan usaha menjadikan Malaysia sebagai pusat francais.

           Industri francais Malaysia menunjukkan perkembangan positif kerana menembusi pasaran global dan mampu bersaing dalam pasaran antarabangsa apabila 59 produk tempatan berjaya mengembangkan perniagaan di 53 buah negara. Sebanyak 1,992 rangkaian outlet perniagaan francais tempatan di luar negara antaranya Marry Brown, Nelson dan Secret Recipe Cakes and CafĂ©. Status halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) juga diiktiraf dunia dan memberikan kelebihan kepada usahawan francais tempatan untuk menerokai pasaran luar negara. Kelebihan yang dimiliki Malaysia seharusnya digunakan dengan sebaiknya oleh usahawan francais untuk memasarkan jenama mereka ke pasaran dunia terutama di Timur Tengah dan negara majoriti penduduk Islam. Usahawan perlu berani keluar dari pasaran tempatan kerana pasaran dunia menawarkan potensi pertumbuhan jauh lebih baik apabila berjaya berada dalam pasaran antarabangsa. Kerajaan melalui kementerian dan pelbagai agensi terlibat menganjurkan pelbagai program setiap tahun mempromosikan jenama tempatan di pasaran antarabangsa.

           Setakat ini sebanyak 726 syarikat francais berdaftar dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan MFA menyasarkan 800 hingga 850 syarikat francais akan berdaftar menjelang akhir tahun ini. Sumbangan industri francais kepada nilai KDNK Malaysia dijangka meningkat sehingga sekali ganda kepada 4.3 peratus menjelang 2016 daripada 2.2 peratus ketika ini. Pertumbuhan kukuh itu dijangka dicapai melalui pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Francais Nasional 20122016 yang bakal menetapkan hala tuju strategik membangunkan industri ini supaya ia berdaya saing serta mampu memanfaatkan penggiat industri francais negara. Industri francais yang bertapak di negara ini pada awal 1990an kini mempunyai kirakira 573 francaisor yang berdaftar, peningkatan lebih 44 peratus berbanding 396 pada 2009 sejak diletakkan di bawah kementerian berkenaan. Kini terdapat sebanyak 5,315 francaisi di seluruh negara dengan 36 francaisor tempatan sudah berkembang ke 50 buah negara asing dengan Indonesia mempunyai francaisor tempatan teramai iaitu sebanyak 18 francaisor.

          Selain itu, kerajaan juga kini giat menggalakkan perniagaan francais mikro bagi menarik orang ramai terutama di kawasan bandar kecil dan luar bandar membabitkan diri dalam perniagaan francais. Kerajaan Malaysia juga berminat untuk mempromosi dan mengembangkan industri francais kerana ia dapat meningkatkan ekonomi dan menggalakkan pembangunan keusahawanan di kalangan rakyat Malaysia. Ini terbukti dengan langkah-langkah aktif yang diambil oleh Kerajaan, seperti melaksanakan MyFEX, menganjurkan Franchise International Malaysia Exhibition and Conference, melancarkan francais blue print dan memberi sokongan kepada francaisi yang sedang meningkat dalam bentuk skim pembangunan mikro francais. Melalui pendaftaran wajib perniagaan francais dan penyerahan laporan tahunan, membolehkan Kerajaan untuk mengumpul maklumat yang amat diperlukan bagi industri francais di Malaysia dan pada masa yang sama memantau dan melindungi francaisi.

         Perniagaan francais mampu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara menerusi aktiviti pembangunan usahawan serta pemindahan kepakaran, teknologi dan idea-idea baru. Pertumbuhan rangkaian perniagaan francais juga mampu menyediakan peluang pekerjaan, kerana umumnya perniagaan kecil dan sederhana lebih mudah dan cepat dari segi pengambilan tenaga kerja. Sistem francais juga boleh membantu mewujudkan budaya baru di dalam menjalankan perniagaan dengan penekanan diberikan kepada aspek-aspek disiplin yang tinggi, perkhidmatan pelanggan yang berkualiti, kebersihan dan keseragaman. Pemantapan budaya perniagaan seperti ini penting bagi membolehkan perniagaan tempatan bersaing di peringkat antarabangsa. Namun demikian keputusan untuk memilih jenis perniagaan tidak boleh dilakukan tanpa mempertimbangkan beberapa faktor yang menjadi teras kepada perniagaan ini. Pakej francais juga memberi jaringan hubungan antara francaisor dengan francaisi yang saling bergantungan demi menjayakan perniagaannya.

6.0       Kesimpulan

           Perniagaan francais merupakan penyumbang utama bagi pertumbuhan yang pesat. Dengan rangka kerja yang betul, francais boleh menjadi pengembangan strategi yang berjaya tanpa memerlukan modal banyak. Walau bagaimanapun, untuk menjadi francais baru yang berjaya ia memerlukan pertimbangan terperinci dan mengenai undang-undang yang banyak mengawal selia industri francais ini. Rangka kerja undang-undang francais di Malaysia membawa perlindungan yang lebih besar untuk perniagaan Malaysia. Oleh itu, francaisor perlu sedar undang-undang sedia ada untuk mewujudkan sistem yang mengurangkan risiko yang terlibat dalam pasaran yang kompetitif ini. Ia adalah gambaran keseluruhan tentang keperluan perundangan dalam menubuhkan francais berdasarkan analisis Akta Francais 1988 dan bagaimana ia di olah kepada perniaga yang mahu membuka francais di Malaysia. Melalui pelaksanaan yang betul, akta ini akan menggalakkan inovasi dan pertumbuhan ekonomi yang pesat. Kualiti serta mutu barangan dan perkhidmatan juga harus dititik beratkan oleh francaisor dan francaisi.

           Sistem perniagaan francais juga boleh dijadikan sebagai satu jalan pintas untuk meramaikan usahawan yang berdaya maju dan pembangunan ekonomi. Bantuan kerajaan amat penting untuk menjadikan industri ini mencapai matlamatnya. Peranan kerajaan juga penting untuk mengatur semula pelaksanaan dasar industri francais. Pihak francaisor dan francaisi haruslah sentiasa bekerjasama dengan pihak kerajaan bagi memastikan industri francais terus kukuh dan berkembang selaras dengan matlamat pembangunan negara. Segala inisiatif yang dijalankan ini diharap dapat membantu hasrat kerajaan untuk meningkatkan pendapatan per kapita Malaysia ke arah mencapai negara berpendapatan tinggi. Dengan wujudnya Pelan Induk Pembangunan Francais Nasional (PIPFN), industri francais di Malaysia mampu membangun walaupun terdapat cabaran dan halangan yang perlu ditempuhi dan dapat menjadikan Malaysia sebagai hab francais di Asia Tenggara menjelang 2020.


Lampiran




Rujukan

1.            http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0226&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_05.htm#ixzz3ltc5kVWC

2.            http://www.pns.com.my/franchise/franchise-program/franchisor/

3.            http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0306&pub=Kosmo&sec=Varia&pg=va_01.htm#ixzz3lv9bMhZo

4.            http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0226&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_05.htm

5.            http://kpdnkk.bernama.com/newsBm.php?id=647165

6.            http://www.mfa.org.my/newmfa/industri-francais-tunjuk-perkembangan-positif/

7.            Saiful Firdaus. (9 November 2013). Halangan / Cabaran / Masalah yang dihadapi  
                 sebelum dan selepas memulakan perniagaan francais.

8.            Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Pelan
      Induk Pembangunan Francais Nasional 2012 – 2016. Diperolehi
      kpdnkkv3/images/ KPDNKK/PDF/Peniaga/PIPFNBM.pdf